Program Hari Inovasi 2021 Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral

Program Hari Inovasi 2021 Peringkat Pusat Penyelidikan Mineral

Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Program Hari Inovasi 2021 peringkat PPM pada 14 Disember 2021. Program ini dijalankan secara hibrid dengan menggunakan tiga tempat berbeza iaitu Dewan Seminar, Bilik Mesyuarat Pengarah dan Bilik Mesyuarat Blok F selaras dengan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jumlah kehadiran peserta secara fizikal ialah seramai 70 orang dan bakinya, 17 orang secara maya melalui aplikasi ZOOM. Pihak Jawatankuasa Sambutan Hari Inovasi PPM 2021 telah bersetuju dengan tema sambutan iaitu 'Inovasi Bersama Norma Baharu di Era Evolusi Digital' selaras dengan tema Hari Inovasi JMG 2021.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Zulkhairi Bin Zakaria, di ikuti dengan ucapan Pengerusi En Hamdan Bin Yahya dan seterusnya perutusan dan Ucapan Perasmian dari Pengarah Kanan PPM , Dr Nazwin Binti Ahmad.Program ini diadakan bagi mencungkil bakat staff PPM dalam seni videografi dan editing. Program Hari Inovasi kali ini adalah pertandingan merekacipta Video Korporat. Peserta dikehendaki menyediakan video korporat bagi setiap cawangan. Durasi video yang dihasilkan mestilah dalam masa 5-7 minit.

Pihak urusetia telah menerima sebanyak lapan penyertaan iaitu terdiri daripada Cawangan Pelaksana dan Pengkomersialan (CPP), Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP), Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK), Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS), Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB), Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT)  dan Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM).

Juri professional terdiri daripada Dr. Nazwin Binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM, Pn Salmah Binti Baharudin, Ketua Cawangan CPP, Dr Izhar Abadi Ibrahim Rais, Pengerusi SMART PPM, En Mohd Zahar Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Pekhidmatan Teknikal dan Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, Pengerusi JK Video Korporat PPM. Video korporat peserta dinilai berdasarkan lima kriteria iaitu kerelevanan, impak dan kesan, inovasi dan teknologi, gaya dan teknik persembahan dan akhir sekali nilai komersial.

Sepanjang program tersebut, penghasilan video korporat daripada peserta-peserta adalah yang sangat hebat dengan pelbagai kreativiti dan konsep yang menarik. Disini menunjukkan bahawa PPM mempunyai generasi yang hebat dalam kemahiran videografi dan editing video.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL) dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 200 dan sijil penyertaan. Manakala Naib Johan dimenenangi oleh Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Mereka telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 100 dan sijil penyertaan. Bagi tempat ketiga pula dimenangi oleh Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS). Mereka telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 70 dan sijil penyertaan. Peserta lain juga menerima hadiah saguhati dan sijil penyertaan.

Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah. Tetamu dijemput untuk makan tengah hari yang disediakan oleh pihak urusetia. Program tamat pada jam 12:00 tgh/hari.