Quarry Particulate Index and Noise Software (QPINs V1.0)- SATU PERISIAN MUDAH UNTUK PENGUSAHA KUARI

Quarry Particulate Index and Noise Software (QPINs V1.0)- SATU PERISIAN MUDAH UNTUK PENGUSAHA KUARI

Aktiviti manusia daripada pelbagai aspek boleh menyumbang kepada penurunan kualiti udara dan alam sekitar. Perubahan ini amat ketara di kawasan yang berpopulasi tinggi dan juga kawasan industri yang pesat. Habuk dan bunyi bising amat sinonim di kawasan kuari dan merupakan penyumbang utama pencemaran kepada pekerja maupun komuniti sekitarnya. Persepsi orang awam terhadap masalah ini selalunya buruk kerana pencemaran udara dan bunyi bising sering dikatakan menimbulkan keadaan kurang senang penduduk berhampiran.

Pada tahun 2015,  Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG-PPM) telah berjaya menghasilkan satu perisian mudah (QPINs V1.0) yang dapat menganggar nilai konsentrasi pencemaran habuk serta indek pencemaran udara yang lebih sesuai digunakan di persekitaran kuari. Nilai konsentrasi dan indek serta nilai bunyi bising boleh diperolehi dengan cepat tanpa perlu menggunakan alat pemantauan. Perisian ini telah berjaya didaftarkan mengikut Perenggan 26A (3) (b), Akta Hak Cipta 1987 (Akta 322) di Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 25 Jun 2015.