SAMBUTAN IHYA’ RAMADHAN DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

SAMBUTAN IHYA’ RAMADHAN DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

Pada 28 Jun 2016 (23 Ramadhan 1437H) Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan program Ihya’ Ramadhan di perkarangan PPM.  Seramai seratus enam puluh (160) orang tetamu telah hadir ke majlis sambutan Ihya’ Ramadhan 1437H. Pada kali ini, KSKPPM amat berbesar hati menerima kehadiran YBrs. Ketua Pengarah JMG iaitu Tn Hj Mior Salehhuddin Bin Mior Jadid, Pengarah PPM dan isteri, Timbalan Pengarah PPM, Ketua-ketua Cawangan dan kakitangan PPM serta ahli keluarga kakitangan PPM.  Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran lima puluh (50) orang pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Addin Qiraat, Jalan Seruan, Ipoh.