Seminar Particle Characterization “Versatile Methods to Characterize Particle Sizes” di PPM

Seminar Particle Characterization “Versatile Methods to Characterize Particle Sizes” di PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 6 Mac 2019. Satu seminar berkaitan peralatan makmal telah dianjurkan oleh Syarikat Anton Paar bertempat di Dewan Seminar PPM pada 6 Mac 2019. Seminar tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan pembantu-pembantu penyelidik PPM, pegawai dan kakitangan teknikal JMG Perak, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), serta ahli-ahli kimia dari Jabatan Kimia Ipoh.

Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk memberi pencerahan berkaitan dengan pengendalian peralatan makmal serta mempromosikan peralatan makmal yang lebih canggih dan efisyen kepada PPM.

Penceramah bagi seminar tersebut ialah Mr. Simon Choo, iaitu pengurus untuk Syarikat Anton Paar. Beliau adalah seorang yang pakar dalam peralatan-peralatan di dalam makmal dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tersebut. Beliau telah memberi penerangan secara terperinci terhadap penggunaan sampel yang sesuai bagi setiap peralatan. Demonstrasi peralatan Particle Size Analyzer telah dilakukan di hadapan semua peserta.

Selain itu, para peserta juga telah dijemput untuk ke Makmal Teknologi Berasaskan Lempung bagi melihat demonstrasi peralatan seterusnya berkaitan dengan Zeta Potential. Para pegawai penyelidik PPM juga mengambil peluang untuk mempelajari cara-cara pengendalian peralatan yang telah disediakan.

PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Anton Paar atas seminar yang telah diadakan. PPM juga berharap agar semua yang terlibat dapat mengambil ilmu baharu sebanyak yang mungkin supaya dapat membantu dalam memajukan lagi PPM pada masa akan datang.