SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

SESI AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DI PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
IPOH, 19 - 20 Oktober – Satu sesi audit dalaman telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia selama satu hari setengah bermula semalam.
Audit dalaman ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/ unit tetap mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015, memastikan pengurusan risiko dan peluang diambilkira dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/ unit dan memastikan proses tambah nilai yang berterusan dilakukan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti cawangan/unit.
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM yang mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2015 ialah Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) yang melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika.
Sebagai rekod, PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Disember 2014 bagi skop Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan ISO PPM atas segala usaha dan komitmen yang diberikan. Semoga maju jaya dalam sesi audit luar pada penghujung November nanti.