Tahniah : Award of Excellence kepada Pengarah PPM

1

14 Oktober 2014, pihak Institute of Quarrying Malaysia (IQM) telah menganugerahkan AWARD of EXCELLENCE kepada Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah PPM di atas sumbangan cemerlang beliau di dalam memajukan industri pengkuarian di Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada beliau oleh YB Dato'Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) ketika Majlis Perasmian IQM Conference & Exhibition (CONEX) 2014 di Hotel Palm Garden, Putrajaya.

Tahniah dari semua warga PPM!!

 2