LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT JOHOR 2017

muka depan uji cuba sop parit 9

Mersing, 10 April 2017 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2017 Johor telah dilaksanakan di Parit Sembilan, Kampung Air Papan, Mersing pada 10 April 2017 berhampiran telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor iaitu YB Datuk Haji Ayub Rahmat.

Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mengatasi Jerebu merupakan satu program menggunakan Konsep NBOS yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada tahun 2009. Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi peneraju dalam program yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

JMG merupakan agensi bertanggungjawab yang mencari dan membangunkan sistem telaga air tanah bagi membekalkan air ke kawasan tanah gambut yang terbakar. Penggunaan air tanah dalam program ini amat relevan dan penting kerana kebakaran tanah gambut biasanya berlaku pada waktu kemarau yang menyebabkan air sungai menjadi kering.