MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 11/2018, MAJLIS PERPISAHAN DAN CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 11/2018, MAJLIS PERPISAHAN DAN CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H

Johor Bahru, 9 Disember 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hisham b. Md Nawi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Asrul Sani b. Abdullah dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Kemudian diikuti, dengan majlis perpisahan En. Muhammad Hazli b. Mohamed Hanapi Pegawai Geosains dari Unit Sumber Mineral yang akan berpindah ke JMG Kelantan, Pn. Rosazanaain bt. Mohd Salleh dari Unit Pentadbiran dan Kewangan yang akan berpindah ke Hospital Pontian dan Pn. Nur Aminah bt. Abd. Hamid dari Unit Pentadbiran dan Kewangan yang akan berpindah ke Jab. Alam Sekitar Negeri Johor. Majlis bersambung lagi dengan ceramah agama sempena Maulidur Rasul SAW 1440H yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Aizuddin b. Md Noor Penolong Pendaftar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dengan tajuk ceramahnya "Ibrah Maulidur Nabi SAW". Sebelum berakhirnya Majlis Perhimpunan Bulanan, semua kakitangan JMG Johor telah berselawat ke atas Nabi SAW yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Aizuddin b. Md Noor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah