PROGRAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING BERTEMAKAN "KNOW OUR GEOPARK" PERINGKAT DAERAH MERSING 2019

PROGRAM PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING BERTEMAKAN "KNOW OUR GEOPARK" PERINGKAT DAERAH MERSING 2019
18 Julai 2019, MERSING - JMG Negeri Johor menjadi penyumbang terbesar serta sebagai perasmi untuk program Choral Speaking Geopark Competition 2019 peringkat daerah Mersing yang berlangsung di SMK Sri Mersing. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin (Timbalan Pengarah JMG Johor) diiringi oleh Cikgu Hasan bin Abdul Rashid (Pengetua SMK Sri Mersing) dan Encik Shahrul Fadhli bin Maliki (PPD Mersing).
     Tuan pengetua menyuarakan hasratnya agar dengan program seperti ini dapat menampilkan kebolehan pelajar selain menambah pengetahuan tentang geopark agar dapat dimanfaatkan serta disebarluaskan bagi menjadikan Mersing Geopark diishtiharkan sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya bertaraf global. Penganjur juga menaruh harapan kepada pelajar-pelajar agar menjadi penggerak suatu masa nanti kepada pembangunan komuniti selaras dengan pemeliharaan ke atas alam sekitar.
     Mersing menurut kajian saintifik, merupakan daratan pertama yang muncul di Malaysia dan merupakan gunung berapi pada 300juta tahun dahulu.
     Sebagai permulaan pengenalan Geopark ia hanya melibatkan empat buah sekolah sahaja iaitu SMK Sri Mersing, SMK Mersing, SMK Ungku Husin (Endau) dan SMK Tan Sri Abdul Kadir (Tenggaroh). Tahniah diucapkan kepada peserta pertandingan kerana berjaya mengolah maksud geopark dan Mersing Geopark dengan jayanya.