BENGKEL KESEDARAN PENGURUSAN GUNA TANAH UNTUK PEMBANGUNAN DI MERSING GEOPARK

BENGKEL KESEDARAN PENGURUSAN GUNA TANAH UNTUK PEMBANGUNAN DI MERSING GEOPARK

Mersing, 14 Oktober 2019 - Satu Bengkel Kesedaran Pengurusan Guna Tanah untuk Pembangunan di Mersing Geopark telah dianjurkan oleh PUSPANITA JMG Malaysia dan PSM JMG Malaysia dengan JMG Johor sebagai tuan rumah yang telah diadakan di Felda Residence Tanjung Leman Mersing pada 14 hingga 16 Oktober.

Bengkel bermula dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Datin Syahira bt. Mohtar Pengerusi PUSPANITA JMG Malaysia dan diikuti dengan  ucapan oleh Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah seterusnya merasmikan bengkel tersebut. Bengkel diteruskan dengan sesi taklimat berkenaan 'Geopark Mersing' oleh En. Mohd Fauzi b. Rajimin, 'Pengenalan kepada Mineral dan Bahan Batuan' oleh En. Yusari b. Basiran dan 'Peranan JMG dalam Pengurusan Guna Tanah' oleh En. Mustadza b. Mazni. 

Dihari kedua para peserta bengkel telah dibawa melawat ke Geotapak Pulau Nanga Kecil dan Besar, Pulau Mentigi dan Pulau Tinggi bagi merasai sendiri sejarah tinggalan kepelbagaian sumber geologi Gunung berapi lampau yang berusia sekitar 300 juta tahun dahulu. Pada malamnya pula, Majlis penutupan dan makan malam telah diadakan serta penyampaian sijil kepada para peserta.

Dihari akhir, para peserta bengkel telah mengikuti program 'Team Building' seperti 'wall climbing', 'flying fox', dan 'ubseiling' dan ke galeri keropok iaitu salah satu tapak budaya Mersing Geopark.

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah