LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 12 Julai 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu  beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali.

Ingatan beliau kepada warga JMG Johor agar sentiasa bekerjasama dalam apa jua kerja dan tugasan yang dilakukan. Kejayaan akan mudah dicapai dengan komitmen dan kerjasama ramai. Sifat bertolak ansur dan berlapang dada perlu menjadi resepi seorang pemimpin sesebuah organisasi. Majlis dimulai dengan Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan taklimat berkenaan pencapaian JMG Johor dan diteruskan dengan penyampaian sijil APC 2019 kepada para penerima iaitu En. Norhazidi bin Masrom Pegawai Geosains C44, En. Mohd Azmi bin Azman Pembantu Geosains C22 dan Pn. Norfazelah binti Hassan Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Datuk KP dan sesi bergambar.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah