HARI KELUARGA JMG JOHOR 2016

IMG 6947i

Mersing, 1 April 2016 – Sambutan Hari Keluarga anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah diadakan dengan meriah dan jayanya pada 1 – 2 April 2016 bertempat di Penyabong Warisan Resort, Penyabong, Mersing, Johor.

Majlis bermula pada jam 8.30 malam dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Azmi bin Azman. Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor, Tuan Haji Zakaria bin Hussain telah menyampaikan ucapan ringkas dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli keluarga JMG Johor. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan seterusnya acara sukaneka. Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan mengikut kategori seperti kategori kanak-kanak, dewasa berkumpulan dan berpasangan.

Sebaik sahaja selesai acara sukaneka, para peserta telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor. Keseluruhan majlis telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga JMG Johor. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun yang akan datang.