KUNJUNGAN UNIT OSC MPBP KE JMG JOHOR

muka depan OSC MPBP 2017

Johor Bahru, 14 Disember 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan dari Unit OSC MPBP (Majlis Perbandaran Batu Pahat) yang diketuai sendiri oleh Ketua Unit OSC iaitu En. Mohd Hazrin bin Hamzah. Turut serta ialah En. Muhammad Azan bin Mohamed Shukor (Pegawai Perancang) dan Pn. Nur Atikah bt Mohd Shariff (Pen. Jurutera).

Dalam memastikan setiap ulasan pembangunan khususnya KM (Kebenaran Merancang) & KT (Kerja Tanah), Unit OSC MPBP telah berkunjung ke JMG Johor untuk meninjau dan memonitor perlaksanaan OSC Online di Agensi Teknikal Luaran. Pemilihan JMG adalah lanjutan daripada masalah yang dihadapi oleh JMG sekitar November 2017 lalu. Disamping membincangkan menyelesaikan masalah berkaitan  OSC, kunjungan ini telah merapatkan lagi silatulrahim yang memang telah sedia terjalin.

JMG Johor telah disertai oleh En. Mohamad Sari bin Hasan (Timbalan Pengarah), Noorazhar bin Ngatimin dan Nur Syahidatul Zubaida bt Abdillah.