LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT JOHOR 2018

LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT JOHOR  2018

Muar, 4 Oktober 2018 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2018 Johor telah dilaksanakan di Parit Jono, Muar berhampiran telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor iaitu YB Dr. Sahruddin Jamal.

Program Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mengatasi Jerebu merupakan satu program menggunakan Konsep NBOS. Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan agensi peneraju dalam program yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

JMG merupakan agensi bertanggungjawab yang mencari dan membangunkan sistem telaga air tanah bagi membekalkan air ke kawasan tanah gambut yang terbakar. Penggunaan air tanah dalam program ini amat relevan dan penting kerana kebakaran tanah gambut biasanya berlaku pada waktu kemarau yang menyebabkan air sungai menjadi kering.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah