LAWATAN TEKNIKAL DAN TAKLIMAT PENGOPERASIAN KILANG MEMPROSES MINERAL DI SIBELCO MALAYSIA SDN BHD

muka depan sibelco

Johor Bahru, 15 Mei 2017 – Seramai 8 orang kakitangan JMG Johor yang diketuai oleh Encik Mohd Hisham Bin Md Nawi Pegawai Geosains Unit Lombong dan Kuari telah turut serta dalam program lawatan teknikal dan taklimat pengoperasian kilang memproses mineral di Sibelco Malaysia Sdn Bhd.

Tujuan lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan operasi Syarikat Sibelco Malaysia Sdn Bhd yang terletak di Zon Pelabuhan Bebas Pasir Gudang yang terlibat dengan kerja-kerja memproses mineral Pasir Silika dan juga Feldspar.

Lawatan ke premis meliputi di bahagian pemprosesan mineral, gudang penyimpanan dan juga makmal. Rombongan JMG Johor telah diberi penerangan ringkas oleh Pengurus Kilang iaitu Encik KK Wong berkenaan dengan perjalanan operasi kilang.