MAJLIS APRESIASI DR VIJAYAN a/l V.V.RAJAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

muka depan jamuan perpisahan Dr Vijay

Johor Bahru, 18 April 2017 - Majlis Apresiasi Dr Vijayan a/l V.V.Rajan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang akan bersara wajib pada 2 Mei 2017 telah berlangsung di PR1, Infusion Café, KSL Hotel & Resort Johor Bahru.

Dr Vijayan atau lebih dikenali sebagai Dr Vijay telah memulakan perkhidmatan dalam kerajaan sebagai Pegawai Kajibumi di Makmal Penyiasatan Kajibumi Malaysia pada 23 April 1981. Selepas hampir 36 tahun berkhidmat, beliau banyak terlibat dalam kerja-kerja berkaitan pemetaan geologi, geofizik dan geologi marin.

Dr Vijay memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Geologi dari Universiti Malaya pada tahun 1980 seterusnya MSc (Geologi Marin) pada 1997 dan Ijazah Kedoktoran (Kejuruteraan Geologi) pada 1999 dari Universiti Mississippi, USA.

Pada 15 Mei 2013, beliau dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam Tingkat C (JUSA C) dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral).

Seterusnya pada 28 September 2017, Dr Vijay dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua Pengarah Operasi (JUSA B) sehingga bersara wajib pada 2 Mei 2017.