Majlis Hari Inovasi JMG Johor

Majlis Hari Inovasi JMG Johor

Johor Bahru, 11 November 2015 – Hari Inovasi JMG Johor telah diadakan bersekali dengan  Perhimpunan bulanan JMG Johor bilangan 10/2015 di Bilik Mesyuarat Kuarza.

Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor telah menyampaikan Perutusan Ketua Pengarah sempena Hari Inovasi 2015. Pertandingan fotografi telah diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Inovasi pada tahun ini. Encik Rahman bin Ismail telah dipilih sebagai pemenang pertama, diikuti dengan Encik Asrul Sani bin Abdullah di tempat kedua dan seterusnya pemenang ketiga adalah Encik Mohd Fauzi bin Rajimin.

Anugerah Pekerja Contoh telah diberikan kepada Encik Mohd Iedil bin Omar manakala peserta Sukan NRE 2015 juga diraikan dengan pemberian saguhati sumbangan JMG Johor. Kesemua Unit telah mempamerkan keceriaan masing-masing, maka, setiap unit telah menerima cenderamata berupa hamper  bagi pertandingan keceriaan unit. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang lazat.