LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI

LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI

JMG KELANTAN, 03 November 2014 (Isnin) - Pada hari ini JMG Kelantan telah dilawati oleh TKP Operasi, Tn. Hj. Mustapha Mohd Lip dan diiringi oleh Pegawai Geosains Encik Mat Wadi bin Abdul Satar. Ketibaan mereka disambut oleh tuan pengarah, timbalan-timbalan pengarah dan para pegawai JMG Kelantan.

Bersempena dengan persaraan beliau pada 29 Mac 2015 beliau membuat lawatan ke seluruh JMG Malaysia sambil mengumpul permasalahan dari setiap jabatan negeri dan JMG Kelantan adalah lokasi ke-5 beliau. Dalam lawatan tersebut, beliau telah berkongsi montaj sejarah perjalanan hidup beliau sehingga kini dan perancangan beliau selepas bersara serta amanat persaraan.

Selain itu, beliau juga tidak keberatan untuk berkongsi ilmu mengenai rawatan refleksologi.

DSC 0098

Setelah selesai sesi temubual tersebut, kami mengambil peluang terakhir untuk bergambar bersama beliau secara beramai-ramai dan pihak JMG Kelantan mengucapkan terima kasih di atas lawatan tersebut.