Seminar Kesedaran Integriti dan Mesyuarat Agung AKRAB 2017

Seminar Kesedaran Integriti dan Mesyuarat Agung AKRAB 2017

Pada 13 Julai 2017 (Khamis) Rakan Karib Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Unit Latihan, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), JMG telah menganjurkan Seminar Integriti di Dewan Seminar, PPM. Seramai seratus sepuluh (110) orang peserta yang terdiri dari ahli-ahli AKRAB JMG dari beberapa negeri/stesen dan kakitangan PPM telah hadir.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Mohd Za’im bin Abdul Wahab, Pengarah bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG. Dua pembentangan telah disampaikan bertajuk ‘Kesedaran Integriti Dalam Perkhidmatan’ oleh Pn. Ummi Daemah Bt. Husin dari Ibu Pejabat JMG dan ‘Tatacara Pengendalian kes Kaunseling/ Rundingcara’ telah disampaikan oleh Pn Noor Aishah binti Abdul Rahim, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Mesyuarat Agong AKRAB JMG 2017 Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah diadakan untuk merancang pelaksanaan program AKRAB 2017/18 dan pemilihan baru AJK 2017-2019.

Mesyuarat telah sebulat suara membuat pemilihan AJK 2017-2019 berikut;

Pengerusi : Dr Hj Ismail bin Ibrahim
Naib Pengerusi : En Che Ibrahim bin Mat Saman
Setiausaha : Pn Masrita binti Mohd Aras
Penolong Setiausaha : Pn Hasnida binti Zabidi

AJK:

  1. Tn Hj Zulkiflee bin Che Soh
  2. Tn Hj Noorazhar bin Ngatimin
  3. Pn Hairani Sham binti Manas
  4. En Adnan bin Jermi