AMBANG MERDEKA RAYA 2013

Bersempena Syawal dan bulan kemerdekaan, Badan Kakitangan Islam (BKKI) Sarawak dengan kerjasama Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) telah mengadakan Majlis Ambang Merdeka Raya (MAMR) 2013. Pada majlis tersebut seluruh warga kerja JMG Sarawak telah turut serta.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada En. Sallehudin Mohamad dan En. Henry Litong selaku Pengerusi bersama MAMR 2013. Ucapan perasmian dilakukan oleh En. Alex Unya Ambun, Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak ,merangkap  Presiden KMGS.

Selesai upacara perasmian pembukaan simbolik iaitu membelah dan membuka lemang oleh En. Alex Unya selaku Presiden KMGS beserta dengan En. Henry Litong dan En. Sallehudin Mohammad selaku pengerusi bersama MAMR 2013, majlis dimeriahkan oleh persembahan pentarama Jabatan Penerangan Malaysia yang diketuai oleh En. Robin Junang dan juga Kumpulan Gendang Melayu Asli iaitu Kumpulan Sinar Cahaya Tabuan yang diketuai oleh En. Maan b. Andai.  

Selain persembahan pentarama seperti nyanyian, persembahan kemuncak ialah acara bermukun (bergendang dan berpantun) dan menopeng (joget Sarawak) oleh Kumpulan Sinar Cahaya Tabuan yang telah dijemput khas atas permintaan ramai. Kemeriahan dirasai apabila En. Alex Unya sendiri menopeng dan disertai oleh kakitangan yang lain.

Kemuncak acara ialah tokoh BKKI bagi tahun 2013 dimenangi oleh Tuan Haji Che Abdul Rahman b. Ja’afar dan juga pemilihan pakaian tercantik bagi kategori lelaki dan wanita.  Pakaian Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2013 bagi kategori lelaki dimenangi oleh En. Pandi bin Kipli dan kategori wanita pula dimenangi oleh Puan Azlina Bt. Madihi.

Semoga sambutan seumpama ini dapat mengeratkan silaturahim dan merapatkan perpaduan dikalangan warga JMG Sarawak. Selamat Hari Raya dan Salam Kemerdekaan ke-56.