BLASTING TECHNICAL SEMINAR

BLASTING TECHNICAL SEMINAR

Telah berlangsung Blasting Technical Seminar anjuran bersama Austin Powder Malaysia Sdn. Bhd., Welwish Dynamic (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Persatuan Kuari Sarawak (Sarawak Quarries Association, SQA) pada 30 - 31 Januari 2024, Selasa - Rabu, di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching, Sarawak.

Seminar tersebut telah dihadiri oleh kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak, Polis Kontijen Sarawak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemain industri kuari di Sarawak.

Semasa seminar itu juga satu demonstrasi letupan menggunakan peledak elektronik (electronic detonators) telah diadakan pada 31 Januari 2024, Rabu, di Pludec Stones & Construction Sdn. Bhd., Bau dan merupakan peledak elektronik yang pertama digunakan di Sarawak.

SUBMISSION OF THE REVISED DETAILED FEASIBILITY STUDY REPORT AND MINE REHABILITATION PLAN ON AN UNDERGROUND COAL MINING AT SG. APENG – ABOK, SRI AMAN, SARAWAK

SUBMISSION OF THE REVISED DETAILED FEASIBILITY STUDY REPORT AND MINE REHABILITATION PLAN ON AN UNDERGROUND COAL MINING AT SG. APENG – ABOK, SRI AMAN, SARAWAK

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah mengadakan lawatan ke lombong arang batu bawah tanah oleh Luckyhill Coal Mining Sdn. Bhd. pada 16 November 2023, Khamis, di Sg. Apeng – Abok, Sri Aman, Sarawak.

Lawatan dijalankan bagi menyediakan ulasan penilaian susulan daripada laporan Detailed Feasibility Study (DFS) dan Mine Rehabilitation Plan (MRP) yang dikemukakan oleh pelombong untuk dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Lombong dan kelulusan oleh Lembaga Pengurusan Mineral Negeri.

Hadir bersama pelombong dan jurutera perunding perlombongan, lawatan dijalankan oleh En. Muhammad Irfan bin Mohd Azmi, En. Khalid bin Kasdi dan Pn. Fejulonika Felix.

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2023

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2023

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) pada 16 November 2023, Khamis, di SEDC Quarries Sdn. Bhd. (Akud Quarry), Jalan Kuching – Serian, Kuching, Sarawak.

Audit telah dijalankan oleh Dr. Kho Chun Min, En. Hasfee Azlee bin Hassan dan En. Sebli Ahai.

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2022

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) pada 26 Oktober 2023, Khamis, di SSF Paku Kuari, Gunung Paku, Bau, Kuching.

Audit tersebut telah dijalankan oleh Dr. Kho Chun Min yang dibantu oleh En. Tarmidzie bin Karim dan En. Hasfee Azlee bin Hassan.

PROGRAM JALINAN INTEGRASI NASIONAL PENJAWAT AWAM DI SARAWAK TAHUN 2023

PROGRAM JALINAN INTEGRASI NASIONAL PENJAWAT AWAM DI SARAWAK TAHUN 2023

Telah berlangsung Program Jalinan Integrasi Nasional Penjawat Awam di Sarawak Tahun 2023 bermula pada 18 Oktober sehingga 22 Oktober 2023, di Miri, Sarawak.

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan hadiri oleh penjawat awam dari Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baru pertama kali berkhidmat di Sarawak. Seramai empat orang kakitangan JMG Sarawak telah memenuhi program tersebut iaitu En. Lokman Hakimi bin Zakariah, En. Muhammad Irfan bin Mohd Azmi, Pn. Nurul Hidayatul Haida binti Muhamad dan Pn. Fejulonika Felix.

Selain daripada menghadiri majlis Perkongsian Ilmu, peserta juga didedahkan dengan aktiviti bersama masyarakat di Kampung Kuala Sibuti, Bekenu, Miri melalui program-program seperti Majlis Penyerahan Anak Angkat Kepada Keluarga Angkat, Malam Interaksi Bersama Masyarakat, Sukan Rakyat dan Malam Jalinan Budaya.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Rosey binti Haji Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak) Negeri Sarawak. Majlis ini turut dihadiri YBhg Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.