BENGKEL DAN LATIHAN LANJUTAN TEKNIK INSTRUMENTASI ICP-OES

 

IPOH, 16 Julai 2013:   Pihak Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Mineral Dan Geosains Ibu pejabat dengan kerjasama Perkin Elmer Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel dan Latihan Lanjutan Teknik Instrumentasi ICP-OES kepada pegawai-pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh.

 

Kursus berlangsung dari 16 Julai 2013 dan berakhir pada 18 Julai 2013. Kursus ini telah disampaikan oleh Cik Lilian Lim, Application Chemist dari syarikat berkenaan.

Peserta-peserta didedahkan mengenai teori berkaitan dan penerangan mengenai kaedah-kaedah yang betul bagi menjalankan serta menyelia peralatan berkenaan.

Bengkel tiga hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal, En. Chin Siew Yee.