Lawatan PTG Selangor, Kumpulan Semesta Dan Jabatan Perhutanan Selangor Ke Makmal REE

Lawatan PTG Selangor, Kumpulan Semesta Dan Jabatan Perhutanan Selangor Ke Makmal REE

IPOH, 22 Jun 2023: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Kumpulan Semesta dan Jabatan Perhutanan Selangor ke Makmal Analisa Unsur Nadir Bumi (REE). 

Seramai 30 pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi berkenaan hadir. Mereka di bawa ke Bilik Mesyuarat Granit, JMG Perak dengan disambut oleh Pengarah JMG Perak, Dato Zukni serta Timbalan Pengarah Sumber Mineral, En. Mahat Sibon. Mereka juga dibentangkan dengan slide pembentangan analisis Unsur Nadir Bumi oleh En. Mohd Zahar Ibrahim.

Peserta kemudiannya dibawa ke Makmal REE bagi melihat sendiri kemudahan yang ada khususnya berkaitan dengan analisis REE ini. Peserta telah ditunjukkan dengan Kit Ujian REE untuk penentuan REE Oksalat dan REE Karbonat.