SEMINAR ICPMS-GLOBAL ARCHEOLOGY RESEARCH CENTRE, USM

SEMINAR ICPMS-GLOBAL ARCHEOLOGY RESEARCH CENTRE, USM

IPOH, 21 Mei 2024: Seramai 10 Pegawai dan Pembantu Geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah dipilih untuk menghadiri Seminar ICPMS yang berlangsung di Global Archeology Research Centre, USM Pulau Pinang. Seminar dianjurkan oleh Innolab Sdn Bhd, pengedar produk Thermo Fischer di Malaysia. Peserta didedahkan dengan penggunaan peralatan Laser Ablation dan ICPMS untuk tujuan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) dan air di makmal.

Lawatan MB Inc ke Makmal Analisis REE

Lawatan MB Inc ke Makmal Analisis REE

IPOH, 26 Jun 2023: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal menerima satu lagi kunjungan pelawat dari MB Inc Perak ke Makmal Analisis Unsur Nadir Bumi (REE). Lawatan telah diketuai oleh En. Nor Afzanizam Abd. Manan, Ketua Pegawai Operasi MB Inc dan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Prof. Madya Dr. Anas Md. Yusuf.

Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Makmal En. Mohd Fauzi Muhammad Said manakala penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar dan En. Falah Zahri.

 

Lawatan PTG Selangor, Kumpulan Semesta Dan Jabatan Perhutanan Selangor Ke Makmal REE

Lawatan PTG Selangor, Kumpulan Semesta Dan Jabatan Perhutanan Selangor Ke Makmal REE

IPOH, 22 Jun 2023: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Kumpulan Semesta dan Jabatan Perhutanan Selangor ke Makmal Analisa Unsur Nadir Bumi (REE). 

Baca selanjutnya

Demonstrasi Analisis Isotope Ratio

Demonstrasi Analisis Isotope Ratio

IPOH, 27 Ogos 2019:   Hari ini telah diadakan Demonstrasi Analsis Isotope Ratio bertujuan untuk menentukan usia spesimen berdasarkan ratio Plumbum dan Uranium. Demonstrasi di buat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG

Baca selanjutnya