IPOH, 15 Mei 2024: Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.
Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh
IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Lawatan MB Inc ke Makmal Analisis REE
IPOH, 26 Jun 2023: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal menerima satu lagi kunjungan pelawat dari MB Inc Perak ke Makmal Analisis Unsur Nadir Bumi (REE). Lawatan telah diketuai oleh En. Nor Afzanizam Abd. Manan, Ketua Pegawai Operasi MB Inc dan Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah, Prof. Madya Dr. Anas Md. Yusuf.
Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Makmal En. Mohd Fauzi Muhammad Said manakala penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar dan En. Falah Zahri.
Pengujian Produk Lombong REE Menggunakan Kit Ujian REE
Demonstrasi Kit Ujian REE
IPOH, 9 Jun 2023: Satu demonstrasi penggunaan REE Test Kit telah diadakan dihadapan beberapa orang kakitangan makmal untuk memberi kefahaman tentang kaedah untuk menguji atau membezakan antara REE Oksalat dan REE Karbonat. Beberapa siri ujian telah diadakan sebelum ini dan kit ujian ini berjaya membezakan kedua-dua jenis kek REE tersebut.