LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

LAWATAN TERRA MINERAL LAB KE MAKMAL REE

IPOH, 15 Mei 2024:  Pada hari ini, Makmal Analisis REE, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan pegawai-pegawai serta kakitangan Terra Mineral Lab (TML) sempena Lawatan Teknikal ke makmal ini. Mereka diketuai oleh En. Muhammad Amirul Bin Md. Nor selaku Pengurus Makmal.

Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Makmal, En. Mohd Fauzi Muhammad Said serta Ketua-ketua Unit yang lain. Antara tujuan Lawatan Teknikal ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang terperinci mengenai operasi makmal, penyediaan sampel, analisa Unsur Nadir Bumi, pengurusan keselamatan makmal, pengurusan sisa berjadual serta kelengkapan perlindungan diri (Personnal Protection Equipment) yang diperlukan.

Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Fuzi Hashim, En. Mohd Fahami Abas, En. Mohd Zahar Ibrahim dan Pn. Nurulhusna Ismayatim. Peserta juga dibawa melawat kemudahan peralatan analisis di makmal dan demonstrasi REE Test Kit.

Written by : zahar