PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR

PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 14 Mei 2024 – Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu Program Kesihatan bagi Pegawai dan Kakitangan yang berusia 40 tahun di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Menjaga kesihatan perlu juga dimasukkan dalam senarai keutamaan hidup kita kerana tanpa kesihatan, kita tidak mampu melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian kita yang lain.

Seramai 6 orang pegawai dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru telah hadir bagi menjalankan pemeriksaan untuk kaitangan JMG Johor. Pemeriksaan kesihatan ini termasuk dalam pekeliling perkhidmatan bil. 3 tahun 2003 (Pemeriksaan Kesihatan bagi Penjawat Awam). Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pengesanan awal boleh membantu menyediakan perancangan pengurusan dan rawatan yang lebih baik, yang kemudiannya akan meningkatkan kelangsungan hidup pesakit.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul