Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh

IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Penerangan telah disampaikan oleh Ketua Unit Mineral Berlogam dan Aloi, En. Mohd Fuzi Bin Hashim dan Pegawai Geosains MBA, En. Mohd Zahar Ibrahim. Antara intipati taklimat lawatan ini adalah berkisar kepada status terkini naiktaraf Cawangan Perkhidmatan Makmal Ipoh, sejarah analisis REE di makmal, penglibatan di peringkat antarabangsa, akreditasi ISO/IEC untuk analisis REE serta demonstrasi REE Test Kit yang dihasilkan di  makmal.

Written by : zahar