Perhimpunan Bulanan Mac dan Majlis Perpisahan Tuan Haji Baharuddin Bin Wanik, TP(MK)

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2013 telah diadakan pada 22 Mac 2013 bertempat di Bilik Baiduri, Blok A, JMG Malaysia Sarawak telah dihadiri oleh seramai 117 orang kakitangan. Pengarah JMG Sarawak, Encik Alex Unya Ambun dalam perutusannya menyentuh beberapa perkara di antaranya; Ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Baharuddin Bin Wanik Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Makmal) atas sumbangan dan kerjasama diberikan sepanjang 8 tahun bertugas di JMG Malaysia Sarawak. Beliau bertugas di Pejabat ini sejak 15.12.2005 dan akan berpindah ke Bahagian Perkhidmatan Makmal (BPT) mulai 1.4.2013.

Selain daripada itu perutusan Pengarah meliputi Status Peruntukan Mengurus dan Projek Pembangunan, Kad Perakam Waktu, Laporan EXINDA Bulan Februari, beberapa peringatan dan gambarfoto-foto aktiviti jabatan. Beliau mengakhiri perutusan dengan ucapan “Good Friday” dan selamat menyambut “Easter Sunday” kepada penganut agama kristian.

Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Makmal), Tuan Haji Baharuddin Bin Wanik telah diadakan sejurus selepas tamatnya Perhimpunan Bulanan Bil 3/2013. Dalam majlis ini, Tuan Haji Baharuddin Bin Wanik telah menyampaikan ucapan dimana beliau berasa amat berbesar hati kerana telah memperolehi banyak pengalaman bertugas di JMG Malaysia Sarawak dan amnya di Negeri Sarawak terutama menjalankan tugas berkaitan Kerajaan Negeri Sarawak seperti menghadiri mesyuarat dan majlis.

Kakitangan JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan beliau dan diterjemahkan dengan pemberian 3 cenderahati daripada JMG Malaysia Sarawak, Kelab Mineral Dan Geosains Sarawak (KMGS) dan Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sarawak.