Pensijilan MS ISO 9001:2008, PPM Berjaya Dalam Penambahan Skop Baru

Pensijilan MS ISO 9001:2008, PPM Berjaya Dalam Penambahan Skop Baru

11 – 12 Disember 2014 - Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan di PPM. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasil daripada audit ini, PPM sekali lagi berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001 : 2008 bagi Ujian Batu Dimensi (UBD) dan juga berjaya dalam penambahan skop baru iaitu Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT).