MAJLIS MENANDATANGANI PROJEK KERJASAMA PINTAR ANTARA PPM-JMG DAN ADTEC, TAIPING

MAJLIS MENANDATANGANI PROJEK KERJASAMA PINTAR ANTARA PPM-JMG DAN ADTEC, TAIPING

21 Janurai 2015 - Satu projek kerjasama pintar antara PPM-JMG dan ADTEC, Taiping telah dimeterai melalui satu majlis khas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama ADTEC, Taiping pada 21 Januari 2015. Kerjasama ini melibatkan Cawangan Teknologi Bahan Termaju (PPM-JMG) dan Bahagian Seramik (ADTEC). Kajian penyelidikan menfokuskan kepada Pembangunan Penghasilan Produk Komposit Seramik Refraktori Daripada Habuk Kuari Granit.

Antara lain objektif kerjasama ini adalah untuk peningkatan kemahiran dan pemindahan teknologi dalam bidang pembuatan seramik. Dokumen kerjasama pintar ini telah ditandatangani oleh Tn. Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi selaku Pengarah PPM dan Pengarah ADTEC, Taiping iaitu Ir. Halim Azhar bin Hj Mohd Yatim. Selesai majlis menandatangi, pihak rombongan PPM-JMG seramai 7 orang telah dibawa untuk sesi lawatan ke Bengkel Seramik, ADTEC, Taiping.