Lawatan Sambil Belajar The University of Nottingham Malaysia Campus ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Lawatan Sambil Belajar The University of Nottingham Malaysia Campus ke Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) berbesar hati menerima kunjungan seramai 120 orang pelajar dan pensyarah dari The University of Nottingham (Malaysia Campus), jurusan Chemical & Environmental Engineering, tahun kedua, pada 3 dan 10 Mac 2016 yang lalu.


Antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan tersebut adalah pengenalan kepada PPM dan penyelidikan mineral di Malaysia, lawatan ke Galeri R&D PPM, lawatan ke Pameran Terbuka PPM serta lawatan dan demonstrasi di makmal-makmal R&D PPM.


Sebagai pusat penyelidikan mineral yang berprestij di Malaysia, PPM sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman, teknologi serta R&D yang dijalankan di PPM. Pusat Penyelidikan Mineral juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada The University of Nottingham Malaysia Campus kerana sudi mengadakan lawatan sambil belajar ke PPM.