Kampus PPM Bil.1 Tahun 2018

Kampus PPM Bil.1 Tahun 2018

Pada 3 Ogos 2018 yang lalu, program Kampus PPM bil.1 tahun 2018 telah diadakan di Dewan Seminar PPM. Program ini melibatkan semua kakitangan PPM serta 2 orang pegawai penyelidik sebagai pembentang iaitu, Tn Hj. Md Muzayin Bin Alimon, Pengarah PPM, dan En. Anuar Bin Othman, pegawai penyelidik dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB).

Tujuan Kampus PPM diadakan adalah untuk perkongsian ilmu pengetahuan kepada semua warga PPM. Sesi pembentangan yang pertama disampaikan oleh En. Anuar Bin Othman dengan tajuk pembentangan beliau, Limestone and Goat Dung in Acid Drainage Treatment. Manakala sesi kedua diteruskan dengan pembentangan daripada Tn Hj. Md Muzayin Bin Alimon yang bertajuk Management Tools For Project Proposal.

Program tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Para pembentang memberi penerangan yang padat tetapi dengan cara yang menarik dan santai. Peserta yang hadir juga diberi peluang untuk bersoal jawab bersama pegawai-pegawai pembentang dan berkongsi ilmu pengetahuan tambahan.

PPM mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pembentang serta seluruh warga PPM kerana dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk menjayakan program ini. PPM mengharapkan agar semua kakitangan dapat mengambil ilmu daripada program ini.