LAWATAN KERJA YB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA ROMBONGAN KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

LAWATAN KERJA YB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA ROMBONGAN KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH (21 SEPTEMBER 2018): Pada 21hb September 2018, Menteri Besar Terengganu, YAB. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan rombongannya seramai 10 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral(PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG).

Rombongan tersebut disambut oleh kakitangan JMG yang diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG, Pengarah Kanan PPM, Hj. Md Muzayin bin Alimon dan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal(BPT) Dato’ Mohd Zaim bin Abdul Wahab. Pegawai-pegawai lain yang turut serta semasa ketibaan YAB Menteri Besar adalah pengarah JMG Negeri Perak, pegawai-pegawai penyelidik dan pegawai geosains.

Aturcara lawatan kerja dibahagi kepada 2 (dua) iaitu taklimat di bilik mesyuarat pejabat pengarah PPM dengan didahului ucapan aluan dari Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG serta taklimat mengenai aktiviti PPM yang disampaikan oleh En Aminudin bin Mahmud. Sessi seterusnya adalah memperkenalkan kakitangan JMG kepada rombongan MB Terengganu dan disusuli selepas itu lawatan ke Makmal Teknologi Berasaskan Silika untuk melihat pembuatan kaca kristal menggunakan pelet kaca kristal dari sumber pasir silika di kawasan Gong Belibis, Setiu, Terengganu.