PPM Telah Berjaya Mengadakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Rawatan AMD di SUGA.

PPM Telah Berjaya Mengadakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Rawatan AMD di SUGA.

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 28 Jun 2019. Sekalung tahniah diucapkan kepada PPM kerana telah menjayakan Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Loji Perintis Acid Mine Drainage (AMD) yang telah berlangsung di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, iaitu En. Aminudin bin Mahmud.

Selain itu, loji perintis rawatan AMD ini dibina bagi tujuan menjalankan kajian berkaitan AMD. Apa yang menarik ialah reka bentuk loji perintis ini dihasilkan sendiri oleh pihak PPM. Di samping itu, sebuah syarikat iaitu Multiplan Works sdn.bhd. telah dipilih oleh PPM untuk membina loji rawatan tersebut.

Akhir sekali, PPM mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam merealisasikan pembinaan loji rawatan perintis AMD ini. Semoga dengan adanya projek ini, para penyelidik dapat menjalankan penyelidikan terhadap AMD dengan lebih baik pada masa akan datang.