Bengkel Pemprosesan Mineral

Bengkel Pemprosesan Mineral
IPOH, 22-26 MEI - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) dengan kerjasama Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) telah mengadakan Bengkel Pemprosesan Mineral. Seramai 45 orang peserta terdiri dari pegawai dan pembantu yang diwakili dari setiap cawangan telah mengikuti bengkel ini.
 
Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral, Dr. Hj. Ismail Bin Ibrahim dan Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, Tn Hj. Malek bin Selamat telah dijemput untuk perkongsian ilmu dalam bengkel ini. Manakala ucapan perasmian pembukaan dan penutup bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Salmah binti Baharuddin selaku Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan.
 
Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang asas pemprosesan mineral serta teknik-teknik yang betul dalam menjalankan pemprosesan mineral bagi memperolehi dapatan yang optimum. Turut diadakan latihan amali bagi menambahkan lagi kefahaman peserta dalam pemprosesan mineral.