BENGKEL TEKNOLOGI RAWATAN PASIF ACID MINE DRAINAGE (AMD) DAN FITOREMEDIASI

BENGKEL TEKNOLOGI RAWATAN PASIF ACID MINE DRAINAGE (AMD) DAN FITOREMEDIASI

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 7 dan 8 hb Ogos, 2019. Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Dan Kuari (CTPLK) telah menganjurkan satu Bengkel Teknologi Rawatan Pasif Acid Mine Drainage (AMD) dan Fitoremediasi pada 7hb hingga 8hb Ogos 2019 betempat di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh, Perak dan Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Seramai 20 orang pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, En Aminudin bin Mahmud.

Pada hari pertama bengkel, dua tajuk pembentangan telah dibentang oleh pegawai penyelidik daripada CTPLK iaitu “Pengenalan kepada Rawatan Pasif AMD” dan “Projek Teknologi Rawatan Pasif AMD”. Pembentangan pertama disampaikan oleh En Mohd Zaid bin Md Sharif dan pembentangan kedua disampaikan oleh Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal. Peserta telah didedahkan dengan teori dan pengetahuan asas berkenaan pembentukan AMD dan kaedah rawatan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, peserta juga diberi input tentang perkembangan semasa projek penyelidikan dan pembangunan Teknologi Rawatan Pasif AMD. Pada sebelah petangnya, peserta diberi peluang untuk melakukan latihan amali penyediaan ujian column di makmal CTPLK.

Bengkel pada hari kedua bersambung di SUGA, Malim Nawar, Perak. Sesi pagi dimulakan dengan syarahan bertajuk “Pengenalan kepada Teknologi Sistem Penanaman Atas Kolam (SPAK)” dan “Fitoremediasi” oleh Tuan Haji Abdullah bin Hussin. Seterusnya, peserta diberi latihan amali dengan menyiapkan beberapa batas platform dan penyediaan anak pokok untuk penanaman pokok Vetiver menggunakan kaedah SPAK. Sebagai penutup acara, bengkel ini telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian, Dr Haji Izhar Abadi bin Ibrahim Rais.