CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

CERIA DI GALERI R&D PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL-LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU DAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN HO SENG ONG METHODIST, IPOH,PERAK

Pada 9 Oktober 2018, Galeri R&D Pusat Penyelidikan mineral(PPM) telah menerima kunjungan pelawat dari SK Ho Seng Ong Methodist, Ipoh. Seramai 24 orang pelajar hadir dengan diiringi oleh 3 orang guru dari sekolah tersebut. Mereka tiba di pekarangan PPM sekitar jam 10 pagi dan disambut oleh En Hamdan bin Yahya selaku Ahli Jawatankuasa Galeri R&D PPM yang bertanggungjawab untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti di Galeri R&D PPM kepada para pelawat.

Para pelajar menceriakan suasana dengan mengucapkan “Selamat pagi, cikgu” di awal sesi taklimat. En Hamdan juga sempat menyediakan beberapa kuiz mengenai mineral untuk menambahkan lagi rasa ingin tahu para pelajar sekolah tersebut.

Seusai taklimat, pelajar-pelajar berserta guru-guru dibawa melihat alat-alat dan informasi yang terdapat di Galeri R&D PPM. Mereka juga diberikan penerangan serba sedikit tentang aktiviti penyelidikan di PPM.

Di akhir lawatan, PPM telah menyediakan sedikit cenderahati sebagai tanda kenangan kepada pelawat Galeri R&D PPM. Diharap pihak SK Ho Seng Ong Methodist berpuas hati dengan layanan dan maklumat yang kami berikan. Terima kasih dan jumpa lagi!