GOTONG ROYONG PERDANA

GOTONG ROYONG PERDANA

IPOH 7 Mac 2018, di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN), Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PPMJMG dan Kelab Sukan dan Kebajikan PPMJMG telah menganjurkan satu program ‘Corporate Sosial Responsibility’ (CSR) yang merupakan program Gotong-Royong Perdana membersihkan tanah wakaf perkuburan di Tanjung Rambutan  dan masjid di Ulu Kinta. Program ini juga dianjurkan  bersama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Melayu Batu 8,  JKKK Tanjung Rambutan, JKKK Kg Tersusun Batu 8 & Bandar Baru Putra & MDP Villa, Anggota Polis Gerak AM (PGA) dan Majlis Bandaraya (MBI).  

Ucapan aluan telah disampaikan oleh En Aminudin bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM. Disusuli dengan ucapan Wakil YB Ulu Kinta, Kaunselor En Mazlan Bin Abdul Rahman dan seterusnya merasmikan program gotong-royong tersebut.   Sejumlah 40 orang kakitangan PPM terlibat bersama-sama dengan 100 orang penduduk setempat, pasukan PGA dan MBI. Tujuan mengadakan aktiviti ini adalah untuk melahirkan rasa keinsafan yang tulen serta merapatkan warga PPM dan masyarakat kepada masjid dan pusara. Program ini juga dapat memupuk nilai-nilai murni yang suci serta dapat meningkatkan ketaqwaan. Disamping itu, program ini juga dapat menjadikan kawasan masjid lebih kondusif dan kemas serta kawasan tanah perkuburan yang berdekatan dengan masjid juga menjadi lebih ceria dan selamat.