Kampus PPM Bil.2 Tahun 2018

Kampus PPM Bil.2 Tahun 2018

Pada 29 Ogos 2018 yang lalu, PPM sekali lagi mengadakan Kampus PPM kali kedua pada tahun ini. Program tersebut diadakan di Dewan Seminar PPM dan dihadiri oleh En Aminudin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM, Ketua-ketua Cawangan, para Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Penyelidik, Pembantu Penyelidik, serta beberapa lagi warga PPM.

Kampus PPM pada kali ini melibatkan 2 orang pembentang. Pembentang pertama ialah saudara Hilmi bin Abdullah, pelajar latihan industri daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau mengikuti kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Rekabentuk Produk di UniMAP dan telah ditempatkan di Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) bagi program menjalani latihan industry. Manakala pembentang kedua ialah Tn. Hj. Abdullah Bin Hussin, Pegawai Penyelidik PPM daripada Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK).

Program dimulai dengan pembentangan pertama daripada Helmi Bin Abdullah. Tajuk untuk pembentangan beliau ialah The Effect of Temperature and Particle Sizes in Determining The Physical – Mechanical Properties of Dense Glass Ceramic Tiles. Program kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kedua oleh Hj. Abdullah Bin Hussin dengan kajian yang bertajuk Study on Phytoremediation Technique for Rehabiliation of Ex-Mining Pond Using Floating Platform for Plantation.

Peserta telah memberi perhatian sepenuhnya sepanjang program itu berlangsung. Sesi soal jawab bersama dengan pembentang juga berjalan dengan lancar di samping penerangan-penerangan yang menarik yang dibincangkan antara pembentang dan hadirin. Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Pengarah PPM serta sesi penyampaian sijil kepada pelajar latihan industri.

PPM mengucapkan terima kasih kepada para pembentang dan warga PPM kerana dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan Kampus PPM. Tidak lupa juga ucapan tahniah diberikan kepada Hilmi Bin Abdullah kerana telah berjaya menamatkan latihan industri di sini. PPM mengharapkan agar program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua kakitangan di sini.