kursus aplikasi XRD

kursus aplikasi XRD

Satu kursus aplikasi XRD telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Kursus aplikasi XRD telah diadakan pada 5 April 2017 di Dewan seminar PPM dan makmal XRD Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Kursus ini berlangsung selama satu hari dan telah dirasmikan oleh ketua cawangan pelaksana pengkomersialan,  En. Aminudin Bin Mahmud. Seramai sepuluh (10) orang Pegawai Penyelidik, empat (4) orang Penolong Pegawai Penyelidik, enam (6) orang  Pembantu Penyelidik , dua (2) orang Pembantu Operasi, seorang (1) orang Pembantu Awam.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai:
•    Pengenalan kepada XRD dan teknik analisis mineral/bahan di PPM.  
•    Pendedahan kepada proses penyediaan dan analisis sampel mineral/bahan secara XRD di PPM.
•    Pengkongsian idea dan pengalaman dalam menjalankan analisis mineral/bahan secara XRD.

Kursus yang dijalankan adalah merangkumi syarahan dan aktiviti di makmal XRD yang melibatkan teknik @ proses penyediaan dan analisis sampel/bahan secara XRD. Syarahan dan penerangan berkaitan dengan aplikasi XRD telah dikendalikan oleh Puan Siti Mazatul Azwa Bt Saiyed Mohamed Nurddin dan dibantu oleh Cik Nur Shaqirah Binti Abdul Kadir Kunju.

Kursus ini telah berjalan lancar dan sesi maklumbalas peserta-peserta diakhir program ini telah memberikan banyak idea baru kepada Pegawai-pegawai  Penyelidik PPM untuk melaksanakan projek di masa hadapan ini dengan jayanya.