LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan delegasi seramai 9 orang pegawai diketuai oleh En. Montri Luengingkasoot, Pengarah, Biro Sumber Mineral, Jabatan Sumber Mineral, Thailand pada 29 Julai 2016. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi dan mengumpul maklumat mengenai PPM sebagai persediaan untuk  mereka menubuhkan satu pusat penyelidikan dalam bidang mineral di Thailand.

Lawatan sehari ini bermula dengan ucapan pengenalan oleh Pengarah PPM, En. Md. Muzayin bin Alimon dan sesi taklimat pula telah disampaikan oleh En. Aminudin bin Mahmud. Selepas itu, rombongan ini dibawa melawat ke makmal-makmal dimulai dengan makmal Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), makmal FESEM dan ICP di bawah Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian dan makmal Cawangan Teknologi Bahan Termaju. Program pada tengahari berakhir dengan lawatan dan sesi bergambar di Galeri Penyelidikan PPM dan makan tengahari di Dewan Serbaguna.

Program pada sebelah petangnya pula bermula dengan lawatan ke makmal Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral  (CTPM) dan makmal Cawangan Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK). Kemudian, mereka dibawa melihat demostrasi penghasilan produk kaca kristal di makmal Cawangan Teknologi Bahan Silika (CTBS) dan demostrasi penghasilan kalsium karbonat termendak (PCC) di makmal Cawangan Teknologi Bahan Batuan (CTBB). Seterusnya sesi perbincangan di antara para pegawai PPM dan DMR dan acara penyampaian cenderahati di antara kedua jabatan. Program lawatan sehari ini diakhiri dengan majlis makan malam di Restoran Simpang Tiga.