LAWATAN PPM KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)

LAWATAN PPM KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)

Pada 21 Mei yang lepas, PPM telah menganjurkan lawatan ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan serta ladang dan industri penghasilan produk kenaf di kawasan berhampiran. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PPM iaitu Encik Aminuddin Mahmud dan 11 orang pegawai. Wakil dari JMG Kelantan turut hadir bersama ketika sesi lawatan ini.

Sesi lawatan bermula dengan sedikit taklimat ringkas mengenai kenaf dan produk yang dihasilkan berasaskan kenaf di ibu pejabat LKTN. Melalui perbincangan ini, PPM berhasrat untuk menjadikan tanaman kenaf sebagai bahan penyelidikan dalam pembuatan kertas dan juga ingin mengkaji kesesuaian tanaman tersebut dalam projek pemulihan lombong dan kuari.

Kami dibawa melawat ke kawasan tanaman kenaf di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan. Di sini, pengurus projek ladang kenaf menerangkan proses penanaman termasuklah kos dan hasil yang diperoleh sepanjang tempoh 120 hari bermula dengan menabur biji benih sehinggalah penuaian.

Seterusnya, pihak LKTN membawa kami ke kilang pemprosesan kenaf iaitu di Pusat Pemprosesan Kenaf Insitu (PPKI), Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Menurut penerangan yang diberikan, kenaf yang dikeringkan akan diproses mengikut kegunaan.

Destinasi terakhir lawatan adalah ke Kilang Pemprosesan dan Pengeluaran Produk Kenaf di Saujana, Setiu, Terengganu. Kilang ini akan bakal dirasmikan tidak lama lagi dan ia menempatkan peralatan dan mesin memproses yang bernilai RM 15 juta. Di sini, pegawai bertanggungjawab telah menerangkan mengenai penghasilan produk bermula dari kenaf yang dikeringkan di kilang sebelum ini sehinggalah menjadi end product yang boleh dipasarkan.

Terima kasih kepada pihak LKTN yang sudi bekerjasama menjayakan lawatan ini dan juga telah memberikan layanan terbaik kepada kami selaku warga PPM.