MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH PPM/KETUA CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN SILIKA

MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH PPM/KETUA CAWANGAN TEKNOLOGI BERASASKAN SILIKA

Pada 2 hb Mei 2017 bersamaan dengan 5 Syaaban 1438 di Restoran Simpang Tiga Ipoh, satu majlis perpisahan dan persaraan Timbalan Pengarah PPM/Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS) iaitu En Mahadi bin Abu Hassan telah diadakan dalam suasana yang amat santai.  Ianya dihadiri oleh Pengarah PPM, En Md. Muzayin Bin Alimon dan pegawai-pegawai penyelidik di PPM sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau yang telah berkhidmat selama 34 tahun (1983 – 2017) di Institut Penyelidikan Galian yang kemudiannya dijenamakan semula kepada Pusat Penyelidikan Mineral. Beliau bersara wajib pada 5.5.2017.

Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah, pegawai-pegawai penyelidik serta pegawai yang diraikan iaitu En Mahadi kerana sudi hadir dan meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan penyelidik di PPM.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang;
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

Kami, warga PPM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Bersara’ kepada En Mahadi bin Abu Hassan.