MINI SEMINAR PROJEK THORIUM FLAGSHIP

MINI SEMINAR PROJEK THORIUM FLAGSHIP

3 Jun 2015: PPM terlibat dengan Projek Thorium Flagship di bawah Subprojek 2.1: Production of nuclear grade Thorium and Uranium from local sources for reactor fuel yang diketuai oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM). Projek Thorium Flagship merupakan aspirasi negara menuju kearah penjanaan tenaga elektrik daripada nuklear pada masa hadapan. Agensi-agensi lain yang terlibat dengan Projek Thorium Flagship di bawah Subprojek 2.1 selain ANM ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Sehubungan dengan Subprojek 2.1 ini satu mini seminar telah diadakan pada 3 Jun 2015 di PPM. Peserta seminar ini terdiri dari ANM dan UKM (10 orang) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah ANM iaitu Dr. Muhd Noor Muhd Yunus, PPM (9 orang) dan JMG HQ (2 orang).
Para peserta didedahkan dengan:

  • Perancangan penggunaan thorium sebagai fuel reactor, kemajuan yang telah dicapai dan masalah yang akan dihadapi
  • Pemprosesan monazite dan xenotime dari amang yang merupakan sumber thorium tempatan
  • Fusion proses untuk penghasilan rare earth, uranium, thorium dan phosphate dari sumber tempatan