PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PPM

PELAJAR LATIHAN INDUSTRI PPM

2 Dis 2013 – 27 Feb 2014 - Seksyen Teknologi Pemprosesan Mineral, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah menerima kehadiran seorang pelajar latihan industri dari University of Queensland, Australia.  Beliau ialah En Nazrin Ajjar bin Abdullah iaitu pelajar Ijazah Kejuruteraan Kimia Tahun 3, yang telah menjalani latihan industri di PPM dari 2 Disember 2013 hingga 27 Februari 2014. Semasa di PPM, beliau telah didedahkan kepada teknik-teknik pemprosesan mineral, analisis mineral dan juga terlibat sama di dalam kajian feldspar iaitu menjalankan ujian pengapungan buih (Froth Flotation) keatas sampel feldspar dari Ceramic Material Supply Sdn. Bhd, Kapar, Selangor.