PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Pada 28.2.2018 Pusat Penyelidikan Mineral, Cawangan Pentadbiran Dan Kewangan telah melaksanakan pemusnahan rekod awam secara bakar di Stesen Ujian Galian (SUGA) Malim Nawar, Perak.

Seramai 12 orang kakitangan terlibat dalam menjalankan proses pemusnahan ini. Sebelum pemusnahan dijalankan, jabatan ini telah mendapat kebenaran pemusnahan rekod awam oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Perak Rujukan No: ARKIBPRK.600-6/31/2 (4).

Sebanyak 1,660 jumlah unit rekod dengan ukuran meter panjang rekod 28.439 m/p telah dilupuskan.Rekod-rekod tersebut telah memenuhi tempoh simpanan yang ditetapkan berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Arkib Negara Malaysia 2012 dan rekod-rekod tersebut tidak diperlukan lagi serta segala tindakan keatasnya telah selesai.

Proses pemusnahan rekod selesai pada pukul 5 petang. Terima Kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus terlibat dalam menjayakan proses pelupusan ini.