PPM Berjaya Migrasi Kepada MS ISO 9001:2015

PPM Berjaya Migrasi Kepada MS ISO 9001:2015

Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pengawasan (Surveillance Audit) yang telah dijalankan pada 14 – 15 Disember 2017 oleh pasukan auditor dari SIRIM QAS. Mereka terdiri daripada Puan Meena Regawan selaku ketua auditor, Dr. Yap Chee Keong dan Puan Rohana Saub.

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang dilaksanakan di PPM pada tahun ini melibatkan migrasi daripada MS ISO 9001:2008 kepada versi baru MS ISO 9001:2015 serta penambahan skop daripada Ujian Pemprosesan Bijih Timah (UPBT) kepada Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) iaitu melibatkan bijih timah, bijih besi, bijih emas dan pasir silika. PPM mula menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dari SIRIM pada Disember 2012 untuk skop Ujian Batu Dimensi (UBD).

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM atas kejayaan ini. Semoga PPM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan bagi kedua-dua skop ini dan terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.