PPM MEMENANGI 3 PINGAT PERAK DALAM MTE 2018

PPM MEMENANGI 3 PINGAT PERAK DALAM MTE 2018

Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menghantar 3 penyertaan dalam Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018) yang telah diadakan pada 22 – 24 Februari 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. MTE telah bermula pada tahun 2001 dan MTE 2018 pada tahun ini merupakan acara bagi edisi ke-17. Ekspo ini mempamerkan sebanyak 500 buah pameran dengan tema “Asia’s Inventions and Innovations Marketplace” yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Saintis Malaysia (MARS).

Pada tahun ini, PPM telah menghantar 3 rekacipta ke pertandingan ini iaitu Eco-Friendly Crystal Glass dari Cawangan Teknologi Berasaskan Silika, Eco Green Paper dari Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan dan Low Cost Leucite Glass Ceramic Ingot for Dental Restoration Using Local Silica Sand dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju. Ketiga-tiga rekacipta ini telah memenangi pingat perak.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan rekacipta PPM ini. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam usaha untuk melonjakkan lagi penyelidikan PPM ke persada antarabangsa.