PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

Dua pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul 2 pingat emas semasa pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2016 (iidex2016) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 20 - 23 September 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
 
Dua rekacipta dari PPM ini ialah Malaysian Low Cost Leucite Ingot for Restorative Dental Applications oleh Pn. Siti Mazatul Azwa bt Saiyed Mohd Nurddin, Hj. Malek b. Selamat, Dr. Hajah Rashita bt. Abd. Rashid dan Ahmad Hafiz’s b. Hamsan. Manakala satu lagi rekacipta ialah Anti Thermal Shock Porcelain Tablewares oleh Pn. Aspaniza bt Ahmad, Hj. Abdul Rois b. Abdul Mois, Hj. Kori b. Mohamad dan Pn. Loo Guek Hong.

Seluruh warga PPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua pasukan rekacipta ini dan semoga kejayaan mereka ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus melakar kejayaan dalam penyelidikan masing-masing demi memartabatkan JMG di persada antarabangsa.